Cara Mudah Membuat Aplikasi Android anda sendiri.
Anda
dapat mengubah system operasi dengan mudah mengikut kehendak anda sendiri.
Dengan kata lain ia amat senang dimodifikasi sepenuhnya. Tapi betulkah amat
senang membuat aplikasi untuk android?
Ternyata
memang senang! Sebab itu terdapat banyak apps di google play store yang
mempunyai fungsi yang lebih kurang sama tetapi berbeza tampilan hadapan ataupun
logo apps tersebut. Anda berminat untuk
tahu bagaimana cara membuat aplikasi Android sendiri?
Cara Membuat Aplikasi Android Tanpa Coding
Malangnya terdapat pelbagai
aplikasi di play store tetapi tidak memenuhi kehendak anda sendiri, seharusnya
anda belajar sendiri cara untuk membuat aplikasi sesuai dengan kehendak anda dengan menggunakan aplikasi dan juga menerusi laman web yang disediakan.
1. Parallel Space
Anda boleh
dengan mudah mengklon aplikasi yang anda mahu tanpa perlu mahir dalam coding dengan cara menggunakan Parallel Space.
Anda boleh dengan mudah mengubah rupa/logo aplikasi hasil daripada klon Angkasa
Parallel. Jadi ia kelihatan seperti aplikasi baru! Anda hanya perlu download Parallel Space sahaja. Link download disediakan diatas.
Jika
anda tidak tahu bagaimana cara menggunakan Parallel Space ini anda boleh
membaca tips dan trick yang telah disediakan dalam aplikasi Parallel Space.
Jangan bimbang, kerana ia sangat senang!
2. iBuild App
Anda hanya perlu pergi ke laman web iBuild App. Seterusnya klik pada "Create on app".
Anda boleh memilih untuk membuat aplikasi jenis apa yang sesuai dengan keinginan anda.
Kemudian iBuild App telah menyediakan beberapa template bagi memudahkan anda dalam membuat aplikasi anda.
Anda hanya perlu memilih template yang sesuai dan teruskan membina aplikasi anda sendiri!
3. MIT App Inventor
Anda
jangan bimbang jika tidak tahu menggunakan aplikasi MIT ini kerana ianya sangat
mudah dan user friendly. Tambahan pula anda boleh melayari website MIT AppInventor. Website ini menyediakan pelbagai layout yang akan memudahkan anda
dalam membuat aplikasi android anda.
Anda
hanya perlu klik pada “Create apps!” yang berada pada website tersebut. Seterusnya
klik pada Start new project, kemudian anda hanya perlu memilih bahagian mana
yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam aplikasi anda.
Ternyata
membuat aplikasi sendiri sangat mudah dan tidak seharusnya mengetahui coding.
Jika anda membuat aplikasi yang hebat, anda boleh upload di google play store
untuk kegunaan orang lain dan mungkin dapat menjana pendapatan keapda anda.
Tags:
android