How to disable auto search in address bar Mozilla Firefox

Cara untuk disable auto search dalam address bar pada Mozilla Firefox


Mungkin ada dalam kalangan anda yang merasa tidak selesa apabila menggunakan address bar untuk melakukan pencarian di dalam google menggunakan platform Mozilla Firefox.


Jadi disini saya menyediakan jalan penyelesaian yang boleh anda gunakan untuk menyahaktfkan fitur tersebut dengan mudah. Dengan melakukan kaedah ini, anda masih lagi boleh mencari menggunakan address bar tersebut seperti biasa, Cuma ia tidak akan auto type di dalam address bar itu.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah masuk ke browser Mozilla Firefox dan type “about:config” di dalam address bar seperti gambar di bawah.

Kemudian anda harus klik pada “Accept the risk and Continue”. Jangan risau kerana anda tidak akan mengalami apa-apa masalah jika anda mengikuti langkah ini dengan betul.

 


Setelah masuk di dalam about:config, search bar akan muncul dan anda harus copy preference name di bawah dan paste kan di dalam pencarian tersebut.

browser.newtabpage.activity-stream.improvesearch.handoffToAwesomebar



Anda akan mendapati hasil pencarian itu berstatus “True” dan anda perlu menukarnya menjadi “False”.

Untuk melakukan itu klik pada symbol yang ada pada hujung hasil pencarian seperti gambar di bawah.

 


Gambar setelah anda menukar status dari "True" kepada "False".



Setelah berjaya menukarnya, buka new tab dan lihat apakah berhasil atau tidak.

Selamat mencuba.

Previous Post Next Post